fbpx

Didakwa guna dokumen palsu surat lantikan ambil alih operasi hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang pekerja sambilan dalam bidang logistik didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan satu dokumen palsu berhubung surat lantikan mengambil alih operasi sebuah hotel bertaraf tiga bintang, tahun lalu.

Bagaimanapun, Ungku Abdul Aziz Ungku Yusuf , 41, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Tawfiq Affandy Chin.

Mengikut pertuduhan, bapa tiga anak itu didakwa telah menggunakan sebagai tulen satu dokumen iaitu surat lantikan mengambil alih operasi sebuah hotel yang diketahui oleh tertuduh dokumen itu adalah palsu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Menara Bank Islam di Jalan Perak di sini antara 10 pagi dan 12 tengah hari, 3 Disember 2020 mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurilya Ellyna Nor Azmal masing-masing menawarkan jaminan RM6,000.

Bagaimanapun, peguam Lee Sin Yee yang mewakili tertuduh memohon jaminan yang rendah kerana anak guamnya tidak mempunyai pendapatan tetap selain menganggung keluarga termasuk ibu yang uzur.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin berjumlah RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 1 Julai untuk sebutan semula kes. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI