fbpx

Cadangan beli kediaman tetap diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sheldon Fernandez

PETALING JAYA – Harga hartanah kediaman di negara ini telah menunjukkan trend penurunan sejak tiga tahun lalu, iaitu sekitar tahun 2018 disebabkan pelbagai isu yang dihadapi sektor hartanah domestik.

Timbalan Pengarah Urusan Jones Lang Wootton, Prem Kumar berkata, penurunan harga hartanah dapat dilihat secara jelas sejak 12 bulan lalu melalui pelbagai bentuk pemberian diskaun sehingga 25 peratus yang ditawarkan pemaju.

“Pandemik telah menyerlahkan pelbagai isu berterusan yang dihadapi sektor hartanah sejak
beberapa tahun lalu, misalnya lebihan bekalan dalam segmen tertentu, terutamanya ruang pejabat.

“Mungkin ada hikmah di sebalik wabak ini untuk industri, yang mana pemain hartanah kini sedar dan mengambil perhatian pada isu-isu yang wujud serta mengambil tindakan konkrit untuk
menanganinya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi perbincangan meja bulat secara maya yang merupakan
sebahagian daripada program Anugerah Hartanah PropertyGuru Asia baru-baru ini.

Sementara itu, Pengurus Negara PropertyGuru.com.my, Sheldon Fernandez berkata, industri
hartanah negara ketika ini mendapat sentimen lebih baik daripada pembeli, dengan satu daripada tiga rakyat Malaysia berhasrat untuk meneruskan pelan untuk membeli hartanah tahun ini berdasarkan kaji selidik yang dilakukan pihaknya.

Jelasnya, ramai beranggapan harga rumah akan terus merosot, dengan pihak pemaju telah
mengambil langkah menyesuaikan kembali strategi harga mereka untuk melancarkan kediaman
lebih mampu milik.

“Dengan keperluan bekerja dari rumah semakin menjadi penekanan, faktor utama yang
dipertimbangkan untuk membeli rumah baharu ialah sambungan internet yang baik, pencemaran bunyi dan pengudaraan yang baik,” katanya.

Menurut Fernandez, ketidakupayaan untuk membayar wang pendahuluan dan kerjaya tidak stabil terus menjadi penghalang utama bagi rakyat Malaysia untuk mendapatkan pinjaman perumahan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI