fbpx

Bank, kedai emas perlu tingkat aspek keselamatan premis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Osman membuat pemeriksaan ke atas Pengguna Jalan raya yang melalui SJR di Jalan Ayer Kuning di sini hari ini.

TAIPING – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping meminta pemilik kedai emas dan pengurus bank di bandar ini supaya meningkatkan aspek keselamatan bagi mengelakkan kejadian jenayah di premis masing-masing menjelang musim perayaan ini.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, kelalaian dalam mengawal aspek keselamatan dikhuatiri memberi peluang dan ruang kepada penjenayah untuk melakukan aktiviti jenayah secara spontan atau terancang .

“Pihak polis sudah mengadakan perjumpaan dengan mereka dua minggu lalu dan meminta agar mereka peka dengan setiap pelanggan yang mengunjungi atau berurusan di premis.

“Perlu memberi perhatian lebih kepada pengunjung dan pelanggan yang hadir ke premis kerana kita tidak tahu sama ada di antara yang datang itu mahu membuat urusan atau mencari peluang untuk melakukan jenayah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar selepas membuat pemantauan di Sekatan Jalan Raya (SJR) di Jalan Ayer Kuning di sini hari ini.

Osman berkata, bank dan kedai emas boleh melaporkan kepada bilik gerakan IPD Taiping di talian 05-829 1222 jika mendapati ada pelanggan yang menunjukkan tingkah laku mencurigakan yang boleh mencetuskan aktiviti jenayah memasuki premis mereka.

Sementara itu, beliau menegaskan pihaknya tidak teragak-agak mengeluarkan kompaun kepada orang ramai yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) berikutan pelaksanaan PKP di mukim tersebut. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI