fbpx

Badang negara muncul juara dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BONNIE (tengah) merangkul pingat emas pada Kejohanan Piala Dunia Powerlifting Para Dunia di Bangkok hari ini.

BANGKOK – Badang negara, Bonnie Bunyau Gustin meraih motivasi tinggi menjelang Sukan Paralimpik Tokyo, Jepun apabila melakukan kejutan dengan merangkul pingat emas pada Kejohanan Piala Dunia Powerlifting Para Dunia di Bangkok, Thailand hari ini.

Atlet kelahiran Sarawak tersebut melakukan angkatan seberat 226 kilogram (kg) sekali gus mengetepikan cabaran pesaingnya dari Iran, Nader Moradi yang hanya mampu mengangkat 204kg. Atlet Kazakhstan, Alexandr Daskov di tempat ketiga dengan angkatan 140kg.

BONNIE berjaya melakukan angkatan seberat 226kg dan merupakan rekod peribadi terbaiknya setakat ini.

Angkatan 226kg tersebut merupakan rekod peribadi terbaik Bonnie dan kejayaan tersebut meletakkan dirinya dalam senarai teratas atlet layak ke temasya Paralimpik Tokyo 2021.

Bonnie, 21, turut melakukan angkatan seberat 229.5kg bagi memecahkan rekod dunia 229kg, namun gagal selepas cubaan kali keempat.

Kejayaan Bonnie adalah lebih baik berbanding catatan pemenang pingat emas Paralimpik Rio lima tahun lalu, Lu Lei yang melakukan 221kg.

Sebagai rekod, Bonnie pernah merangkul kejuaraan Para Powerlifting Dunia dalam kategori 65kg di Kazakhstan, dua tahun lalu. K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI