fbpx

Artis kena sensitif siar gambar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Awal Ashaari dan Scha Alyahya

PETALING JAYA – Ekoran terdapat segelintir golongan artis didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP), pasa­ngan selebriti ideal, Awal Ashaari dan Scha Alyahya mengambil pendekatan berhati-hati dalam berkongsi sebarang muat naik dalam media sosial.

Scha atau nama lengkapnya, Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya berkata, setiap orang mempunyai penerimaan yang berbeza terhadap apa yang dikongsikan menerusi media sosial.

“Saya selalu ingatkan suami (Awal) kadang-kadang bukan apa yang kita buat tetapi apa yang orang lihat. Le­bih-lebih lagi, kalau kita dikenali.

“Orang mungkin tak faham, kita buat itu ini, sebab kerja dan sudah dapat kelulusan tetapi itulah, lain orang lain penerimaan mereka.

“Jadi, untuk kurangkan kontroversi atau tak cetuskan perihal itu langsung, lebih baik kita tak buat langsung atau tak kongsi apa-apa di Instagram. Kalau saya buat (langgar SOP), saya kena menjawab dengan netizen,” katanya.

Scha sekeluarga ditemui pada majlis pelancaran produk terbaharu mereka, Schambal di Cookhouse Glo Damansara, di sini semalam.

Dalam pada itu, Awal atau nama sebenarnya, Ahmad Awaluddin Ashaari berpendapat, golongan selebriti bukan tidak bijak ­sampai tidak berhati perut ingin terus melanggar SOP dan mencetuskan kemarahan awam.

“Nak cakap ­le­­bih pun, mereka ­kawan-kawan kita juga. Pada ­waktu yang sangat menca­bar sekarang, kita kena bersikap sensitif, lebih baik jangan post apa-apa,” jelasnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI