fbpx

Air Naruto tiga lapisan curi tumpuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Hafiz menunjukkan air Naruto di Bazar Ramadan Chabang Tiga, Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Minuman berwarna-warni yang dinamakan sebagai air Naruto menggamit selera ramai untuk merasai kelazatannya di bazar Ramadan Chabang Tiga di sini.

Pengusahanya, Mohd. Hafiz Harris, 39, berkata, air Naruto itu mempunyai tiga lapisan yang diperbuat daripada buah naga, mangga dan epal segar.

“Ia dinamakan air Naruto kerana setiap lapisan minuman tersebut berwarna merah, jingga dan coklat cair yang sinonim dengan watak anime terkenal Jepun.

“Minuman yang saya hasilkan sejak tahun 2017 ini mempunyai peminat­nya tersendiri sama ada menyukai keunikan rasanya mahupun pencinta anime Naruto,” katanya ketika ditemui Kosmo! kelmarin.

Mohd. Hafiz berkata, segelas air Naruto dijual pada harga RM6 sahaja dan kebiasaan­nya ia dapat dijual sehingga 100 gelas setiap hari sejak awal Ramadan lalu.

Menurutnya, selain air Naruto yang menjadi identiti gerai jualannya, minuman lain se­perti coklat leleh, keladi float, ja­gung float, teh hijau float dan avokado smoothies turut ditawarkan pada harga RM5 segelas.

“Alhamdulillah saya dapat menjana pendapatan sehingga RM550 sehari sepanjang berniaga di bazar ini,” ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI