fbpx

Ahli perniagaan direman bantu kes pecah amanah RM280,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek (tengah) dibawa keluar dari kamar mahkamah selepas perintah reman sehari dibenarkan bagi membantu siasatan kes pecah amanah di Mahkamah Majistret Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Seorang ahli perniagaan berpangkat Datuk direman satu hari sehingga esok untuk membantu siasatan kes pecah amanah melibatkan urusan pembayaran tanah berjumlah RM280,000 pada tujuh tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, suspek berusia 54 tahun ditahan pada 11.40 pagi di kediamannya di Geliga di sini semalam.

Beliau berkata, penahanan dilakukan berikutan aduan pengadu yang diterima polis sebelum ini.

” Suspek didakwa telah diberi amanah oleh salah seorang pengarah sebuah syarikat perindustrian yang juga kenalannya untuk melakukan pembayaran tanah menerusi cek berjumlah RM280,000 kepada Tabung Warisan Negeri Terengganu pada bulan Ogos 2014.

“Bagaimanapun, pengadu mendakwa suspek tidak melakukan pembayaran itu sebaliknya semakan menerusi Pejabat Tanah dan Daerah Kemaman mendapati sebaliknya cek tersebut didakwa digunakan suspek untuk membayar transaksi tanah milik syarikat lain,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Hanyan berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 406 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI