fbpx

440 pelajar USIM dihantar pulang bermula esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEREMBAN – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menguruskan penghantaran pulang seramai 440 orang
pelajar menggunakan kenderaan khas universiti yang disediakan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar bermula esok hingga 12 Mei ke 12 buah negeri.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Madya Dr. Mohd Rushdan Mohd Jailani berkata, proses berkenaan melibatkan penggunaan 18 buah kenderaan universiti iatu bas dan kenderaan pelbagai guna (SUV) untuk menghantar kumpulan pelajar ini secara berfasa ke zon-zon yang telah dikenal pasti.

Menurutnya, kumpulan pelajar berkenaan akan bertolak dari Dewan Tuanku Canselor mengikut jadual masa dan
hari bertolak yang telah siap di susun oleh jawatankuasa khas yang dibentuk bagi memastikan kelancaran operasi berkenaan.

“Pergerakan pertama pelajar akan bermula pada pukul 8 pagi esok ke destinasi pertama iaitu Kelantan dan Terengganu.

“Pergerakan terakhir adalah pada Selasa hadapan iaitu ke Perlis, Kedah dan Pulau Pinang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dr. Mohd. Rushdan berkata, kumpulan pelajar yang tidak pulang menggunakan kenderaan universiti hanya dibenarkan oleh universiti untuk pulang menggunakan kenderaan sendiri dan dijemput oleh ibu bapa atau penjaga.

Menurutnya, pergerakan menggunakan kenderaan awam adalah tidak dibenarkan kecuali perkhidmatan penerbangan.

“Semua pelajar ini kita wajibkan mendaftarkan maklumat mereka secara atas talian di capaian khas yang disediakan dan turut diberikan Surat Kebenaran Rentas Daerah/Negeri daripada USIM sebagai rujukan kepada pihak berkuasa.

“Pergerakan pelajar ini melibatkan kerjasama padu pelbagai jabatan khususnya Pusat Perumahan Pelajar (PRUPEL), Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Pusat Libatsama Masyarakat dan Jaringan Industri (PLMJI) dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi memastikan operasi ini mematuhi SOP, berjalan lancar serta semua pelajar tiba ke destinasi masing-masing dengan selamat.

Tambahnya, seramai 66 orang pelajar memilih untuk terus tinggal di kampus semasa cuti Hari Raya Aidilfitri nanti dan pihak universiti melalui PRUPEL dan BHEP akan memastikan kebajikan dan keselamatan mereka sentiasa diberi perhatian.

Menurutnya, secara keseluruhan seramai 3,043 pelajar USIM yang berada di kampus terlibat dalam Program Pergerakan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Pulang Sempena Cuti Perayaan Aidilfitri 2021 yang bermula pada 7 Mei hingga 12 Mei 2021 seperti yang diumumkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) baru-baru ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI