fbpx

40 individu bergejala Covid-19 mahu beraya di rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Mohd. Azman (kanan) memberi taklimat kepada petugas di PKRC Gelanggang Seni, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengesan seramai 40 individu mempunyai gejala jangkitan Covid-19 yang enggan menjalani tempoh kuarantin di tujuh Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di negeri ini.

Pengarah PKRC Dr. Mohd.Azman Yusof berkata, mereka memberi alasan tidak boleh pulang ke rumah untuk menyambut Syawal yang akan tiba kurang seminggu lagi sekiranya berada di pusat kuarantin.

Katanya, sehubungan dengan itu, JKNK kini sedang memujuk dan merayu individu yang terlibat agar hadir ke PKRC untuk menjalani kuarantin sekali gua dapat mengelakkan penularan Covid-19 sekiranya mereka dijangkiti.

“Individu yang bergejala perlu ditempatkan di PKRC. Kita bimbang apabila salah seorang ahli keluarga bergejala, kemungkinan besar jangkitan Covid-19 akan berlaku.

“Kita faham mereka mahu menyambut Hari Raya Aidilfitri di rumah, namun jika individu itu bergejala, ia akan menyebabkan jangkitan tersebar. Jadi, mereka perlu menjalani tempoh kuarantin di PKRC,” katanya ketika ditemui pemberita di PKRC Gelanggang Seni di sini hari ini.

Mengulas lanjut, menurut Dr. Mohd. Azman, pihaknya tidak teragak-agak untuk melaporkan hal itu kepada pihak polis jika 40 individu yang dikesan itu masih degil dan tidak mahu ke PKRC.

Katanya, beliau berharap agar orang ramai atau individu yang bergejala jangkitan Covid-19 dapat mematuhi arahan petugas kesihatan bagi mengelak daripada sebarang tindakan dikenakan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI