fbpx

27 pelajar PSA pulang kampung halaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelajar PSA pulang ke kampung halaman pagi tadi.

SHAH ALAM – Seramai 27 orang pelajar Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) pulang ke kampung halaman masing-masing pagi ini.

Penghantaran pulang pelajar itu bermula pukul 7 pagi tadi melibatkan Zon Utara, Selatan dan Pantai Timur.

Unit Komunikasi Korporat PSA dalam kenyataannya memaklumkan, proses penghantaran pulang melibatkan tiga buah bas dan masing-masing sebuah van dan kenderaan pelbagai guna (MPV ).

“Demi menjaga keselamatan dan kebajikan pelajar, pegawai pengiring dalam kalangan kakitangan Jabatan Hal Ehwal Pelajar turut serta dalam misi penghantaran pulang ini.

“Semua pelajar turut diingatkan untuk menjaga keselamatan dan sentiasa patuh dengan arahan serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dalam mengekang penularan wabak Covid-19,” jelasnya.

Pelepasan penghantaran pulang itu disempurnakan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PSA yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Covid-19 PSA, Zalina Ismail. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI