fbpx

2,073 pelajar UTM pulang ke kampung hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Seramai 2,073 pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai di sini pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut hari raya Aidilfitri minggu depan.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Prof. Dr. Shamsul Sahibuddin berkata, pelajar adalah dibenarkan pulang ke rumah bermula 7 hingga 12 Mei dan perlu pulang semula ke kampung bermula 15 hingga 20 Mei depan.

Menurutnya, kebenaran untuk pulang ini adalah tertakluk kepada pelajar yang akan pulang ke kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sahaja kecuali Sarawak.

“Sehingga 6 Mei, seramai 2,073 pelajar telah membuat permohonan untuk balik ke kampung iaitu 1,983 dari kampus Johor Bahru dan 90 orang dari kampus Kuala Lumpur.

“Bagi memudahkan pelajar dan mengutamakan kebajikan mereka, pihak universiti telah menyediakan kemudahan perkhidmatan bas melalui program Jom Balik Kampung,”katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Shamsul berkata, UTM menyediakan enam buah bas yang akan bergerak setiap hari bermula 6 Mei hingga 11 Mei.

Jelasnya, penghantaran pelajar adalah dibahagikan mengikut empat zon iaitu zon timur, utara, tengah dan selatan.

Ujar beliau, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) bersama UTM Fleet bekerjasama dalam merekodkan pergerakan pelajar daripada peringkat permohonanan keluar sehingga tiba ke zon masing-masing serta sekembalinya semula pelajar ke kampus. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI