fbpx

15 individu dikenakan kompaun leka berhibur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
15 daripada 22 individu dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 susulan kesalahan leka berhibur tanpa penjarakan sosial dalam serbuan pasukan task force Operasi Khas Pematuhan SOP PKPP di sebuah premis hiburan di Bahau, di sini, malam semalam.

JEMPOL – Padah buat 22 individu apabila 15 daripadanya dikenakan kompaun RM1,500 seorang susulan sikap tak ambil peduli mereka terhadap usaha memutuskan rantaian Covid-19 dengan leka berhibur tanpa penjarakan sosial di sebuah premis hiburan di Bahau, di sini, malam semalam.

Serbuan kira-kira pukul 11.30 malam ke atas premis berkenaan sempena Operasi Khas Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) itu disertai pasukan task force terdiri daripada 10 pegawai dan anggota polis, dua anggota Angkatan Pertahanan Awam dan empat kakitangan Majlis Perbandaran Jempol (MPJL).

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, individu yang merupakan pengunjung premis hiburan tersebut terdiri daripada 19 lelaki dan tiga perempuan berumur antara 22 hingga 45 tahun.

“Selain pengunjung berkenaan, tindakan kompaun sebanyak RM25,000 juga dikenakan ke atas premis tersebut atas kesalahan aktiviti dalam pub dan kelab malam.

“Kesemua yang dicekup telah diambil ujian saringan dadah dan hasil ujian mendapati seorang pengunjung positif dadah jenis Morphine, manakala selebihnya beating dadah,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, tadi.

Chang Hook berkata, dalam operasi berkenaan, keseluruhan jumlah kompaun dan rampasan dua amplifier, satu speaker, dua controller, satu modern wifi, satu monitor dan satu remote adalah bernilai sebanyak RM55,000.

Menurutnya, selain itu, pihak MPJL juga telah mengeluarkan kompaun sebanyak RM 5,000 ke atas premis kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen dibawah enakmen hiburan dan tempat – tempat hiburan 1998 (6) (1).

“Operasi lebih tegas akan diambil khusus bagi premis hiburan yang jelas Ingkar Perintah SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Negeri Sembilan khususnya di daerah ini bagi memastikan pematuhan terhadap SOP sentiasa di tahap tinggi di bawah PKPP.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI