fbpx

1,282 pelajar UMK pulang beraya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razli bertemu dan membantu pelajar UMK yang akan pulang pulang beraya di rumah masing-masing sempena cuti Hari Raya Aidilfitri.

BACHOK – Seramai 1,282 orang pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) akan pulang beraya di rumah masing-masing sempena cuti Hari Raya Aidilfitri menerusi Projek Raya yang dianjurkan universiti berkenaan bermula hari ini.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dr. Razli Che Razak berkata, daripada jumlah itu, seramai 323 pelajar yang dihantar pulang dengan menggunakan lima buah bas universiti yang dibahagikan kepada dua fasa.

Katanya, fasa pertama penghantaran bermula hari ini melibatkan seramai 160 orang pelajar dan fasa kedua pula esok dengan membabitkan seramai 163 pelajar.

“Proses penghantaran pelajar hari ini melibatkan lima buah bas untuk pergerakan ke Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perak, Pahang dan Terengganu.

“Pihak universiti menjalankan Projek Raya ini dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Dr. Razli, selain itu, seramai 51 orang pelajar pulang dengan menaiki kapal terbang, ibu bapa datang mengambil di kampus (531 orang) dan pelajar yang akan mengikuti latihan industri (371 orang).

Tambahnya, pelajar akan kembali semula ke kampus UMK bermula 15 dan 16 Mei depan dengan mereka akan menjalani proses pengasingan atau kuarantin selama 10 hari. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI