fbpx

10 beranak beraya rumah baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. SYAHBUDDIN (lima dari kiri) bersama M. Busra (empat dari kiri) dan ahli keluarganya di hadapan rumah baharu 10 beranak itu di Kampung Lembaga, Gua Musang semalam.

GUA MUSANG – Sambutan Syawal tahun ini amat bermakna bagi 10 beranak sebuah keluarga asnaf apabila mereka boleh meraikannya di rumah baharu di Kampung Lembaga di sini.

Sebelum ini, keluarga M. Busra Mohamed, 51, tinggal bersama isteri serta lapan anak dalam kea­daan bersesak di sebuah rumah uzur di atas tanah rizab sungai berdekatan kampung itu.

M. Busra berkata, mereka bersyukur apabila berpindah ke rumah yang dibina di bawah Program Bantuan Rumah (PBR) oleh Lembaga Kemajuan Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar).

Katanya, sebelum ini mereka tidak membuat persiapan me­nyambut Syawal kerana rumah asalnya dibina sendiri daripada kayu, zink terbuang dan atap rumah yang sering bocor.

“Saya tidak mampu memiliki rumah baharu atau membaiki rumah sedia ada kerana saya hanya seorang penoreh getah.

“Kami bersyukur atas berkat doa ahli keluarga dan pertolo­ngan daripada pemimpin tempatan akhirnya kami sekeluarga dapat tinggal di rumah bantuan kerajaan,” katanya semalam.

Menurutnya, dia juga tidak sabar untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri kali ini meskipun perlu meraikannya dalam suasana norma baharu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim yang turut melawat keluarga berkenaan itu semalam berkata, sebanyak tujuh keluarga asnaf dapat menyambut Syawal kali ini dalam suasana selesa di kediaman PBR.

Katanya, sebuah rumah PBR itu dibina oleh Kesedar, manakala enam lagi didirikan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Me­layu Kelantan (Maik).-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI