fbpx

Warga emas dikompaun langgar arahan kuarantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

RAUB – Alasan tidak munasabah seorang warga emas yang memakai gelang merah jambu untuk melanggar kuarantin kerana panas berada di rumah dan ingin bersiar-siar membawa padah apabila dia dikenakan kompaun sebanyak RM5,000.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Kama Azural Mohamed berkata, warga emas berusia 73 tahun berkenaan dikenakan kompaun dalam operasi yang dilakukan antara pukul 12.30 tengah hari hingga 2 petang semalam.

“Alasan yang diberikan oleh Orang Kena Kompaun kerana keluar rumah setelah dikuarantin adalah kerana panas berada di rumah dan ingin bersiar-siar.

“Jadi alasan sebegini adalah sangat tidak munasabah dan boleh merebakkan jangkitan Covid-19 kepada umum sekiranya individu berkenaan didapati positif Covid-19,”katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, lelaki yang berasal dari Kampung Sungai Klau itu dikenakan kompaun di bawah Perkara 22(b) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB 2020) kerana gagal kuarantin di rumah sendiri setelah memakai gelang berwarna merah jambu.

Dalam pada itu beliau berkata, dua lagi individu berusia 52 dan 69 tahun turut dikenakan kompaun masing-masing RM2,000 kerana berkumpul dan makan di kedai dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Ujarnya kompaun terhadap individu yang berasal daripada Kampung Klau dan Taman Klau itu dikeluarkan di bawah Perkara 25(a) PPPDPPB 2021.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI