fbpx

Transformasi digital negara harus bersifat inklusif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersetuju bahawa agenda transformasi digital negara harus bersifat inklusif dengan melibatkan semua lapisan masyarakat dan merentasi pelbagai aspek kehidupan.

MCMC dalam satu kenyataan berkata, transformasi digital ini akan mewujudkan peluang baharu untuk pembangunan ekonomi dan kemajuan sosial.

“Antaranya seperti, Program Jaringan Prihatin yang dilancarkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bagi membantu mengupayakan seramai 8.5 juta
rakyat Malaysia dalam kumpulan B40 termasuk para pelajar untuk mengadaptasi dan terlibat dalam agenda transformasi ini.

“Selain itu, tambahan dana bagi Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) sebanyak RM500 juta untuk program ini yang menjadikan peruntukan daripada kerajaan berjumlah RM2 bilion bertujuan membantu rakyat daripada keluarga kumpulan B40 untuk memiliki telefon pintar ataupun menikmati bantuan pelan jalur lebar Internet untuk digunakan bagi aktiviti seharian dan pendidikan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya lagi, sebanyak 910 buah Pusat Internet Komuniti (PIK) yang diselia oleh MCMC di seluruh negara akan turut membantu untuk meningkatkan kemahiran dan literasi digital, terutamanya dalam kalangan masyarakat luar bandar.

Mengulas lanjut, katanya, turut terlibat sebanyak 12 buah syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi di negara telah berganding bahu dalam menjayakan agenda kesalinghubungan digital dan membantu menyediakan kemudahan dalam pelbagai bentuk seperti subsidi pakej Internet ataupun bantuan alat peranti.

“Kesemua inisiatif ini adalah langkah proaktif yang dilaksana bagi memastikan kebolehcapaian digital yang lebih baik untuk rakyat, sejajar dengan inisiatif yang telah pun dimulakan sebelum ini.

“Transformasi digital ini juga akan memastikan tiada sesiapa yang terpinggir,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI