fbpx

TFC kembali bersaing buru kejuaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain TFC meraikan kejayaan menumbangkan UiTM FC 3-0 pada aksi kelmarin.

Oleh TENGKU DANISH
BAHRI TENGKU YUSOFF

KEMENANGAN bergaya 3-0 ke atas UiTM FC di laman sendiri kelmarin melegakan pengendali Terengganu FC (TFC), Mohd. Nafuzi Zain untuk pasukan itu kembali ke tangga kedua Liga Super.

Menurut Nafuzi, tiga mata diraih cukup bermakna meskipun mengakui anak-anak buahnya terpaksa berhempas pulas untuk mengalahkan pa­sukan tangga tercorot itu.

Katanya, faktor kepenatan menyebabkan usaha menghasilkan lebih banyak gol tidak berapa menjadi selain rentak perlahan dipamerkan TFC khususnya pada babak kedua.

“Selepas mendahului 2-0, jelas kelihatan pergerakan pemain kurang lancar akibat kepenatan dengan jadual yang padat serta beraksi di bulan puasa.

“Apapun yang penting kami berjaya mendapatkan tiga mata selepas tewas kepada Penang FC pada Sabtu lalu,” ujarnya dalam sidang akhbar selepas perlawanan kelmarin.

Sementara itu, prestasi penyerang, David Da Silva turut mendapat perhatian Nafuzi selepas pemain import itu kembali mendapat sentuhan jari­ngannya pada aksi tersebut.

Nafuzi berkata, Da Silva sedang berusaha keras untuk membuktikan kemampuannya walaupun belum mencapai tahap kecergasan terbaik 100 peratus.

“Seperti saya selalu sebutkan, saya percaya dengan keupayaannya dan apabila tiba masanya, kita akan lihat potensi Da Silva yang sebenar.

“Buat masa ini dia hanya perlu mengelak daripada sebarang kecederaan untuk terus membantu pasukan,” tambah Nafuzi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI