fbpx

Status Terbuka Malaysia diketahui dalam masa terdekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORZA mengakui perlu mendapatkan pandangan daripada banyak pihak sebelum membuat keputusan sama ada Terbuka Malaysia diteruskan atau tidak.

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) masih belum membuat keputusan berhubung status kejohanan Terbuka Malaysia yang sepatutnya berlangsung 25 hingga 30 Mei ini.

Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, pihaknya masih mengadakan perbincangan dengan beberapa agensi termasuk Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berhubung perkara itu.

Beliau turut menjelaskan, BAM perlu mendapatkan persetujuan ramai pihak sebelum membuat keputusan dalam tempoh 48 jam sama ada Terbuka Malaysia diteruskan ataupun tidak.

“Kami masih berbincang mengenai perkara ini dan diharapkan ada keputusan yang meletakkan keselamatan serta kepentingan semua orang sebagai keutamaan.

“Apa sahaja keputusan yang kita buat nanti, ia adalah berpandukan MKN (Majlis Keselamatan Negara), KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia), KBS (Kementerian Belia dan Sukan) serta KBS.

“Harap bersabar dan saya fikir dalam tempoh beberapa hari, mungkin 48 jam keputusan akan diketahui. Kami perlu ambil pandangan beberapa pihak terlebih dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani perjanjian penajaan antara BAM dan BP Healthcare Group di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara semalam.

Norza yang juga Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) berharap pihaknya diberikan kemudahan memandangkan Terbuka Malaysia akan dijalankan secara gelembung sukan.

“Sebagai penganjur, kita akan minta satu kemudahan kerana kejohanan akan menggunakan konsep gelembung sukan. Seperti saya cakap, kita ada peraturan yang terpaksa kita ikut,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, badan induk sukan badminton negara itu menandatangani perjanjian selama setahun bersama BP Healthcare Group dengan nilai RM5 juta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI