fbpx

Sempadan negeri Kelantan, Terengganu diperketatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDUL Rozak menunjukkan surat kebenaran yang luput tarikh masih digunakan untuk merentasi sempadan Pasir Puteh-Besut di SJR Telaga Papan hari ini.

PASIR PUTEH – Laluan utama Sekatan Jalan Raya (SJR) pachakan, laluan alternatif Tok Telaga Papan dan Gong Manak, di sini, menunjukkan peningkatan keluar masuk kenderaan merentas sempadan negeri dengan pelbagai alasan yang kini ditapis ketat oleh pihak polis.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintanden Abdul Rozak Muhammad berkata, anggota polis yang memantau lorong tikus juga mengenal pasti kewujudan laluan baharu yang boleh digunakan untuk merentas negeri dengan menggunakan motosikal apabila lorong tikus ditutup dengan sepenuhnya.

Katanya, pada peringkat awal pemantauan mendapati terdapat 15 lorong tikus yang kemudiannya meningkat sehingga 26 laluan yang kini semuanya telah ditutup menggunakan kon penghadang bersama kawat berduri.

“Esok Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi kawasan Besut akan berkuatkuasa. Tindakan drastik mengawal ketat lorong tikus dan membuat tapisan teliti di tiga SJR dilaksanakan dengan membuka hanya satu lorong keluar masuk merentasi sempadan negeri.

“Hasilnya, banyak surat kebenaran lama masih digunakan oleh orang ramai termasuk surat yang dikeluarkan pada tahun lepas. Kesemua surat kebenaran yang luput tarikh dan tidak bertepatan dengan kehendak PKP dirampas dan mereka yang terlibat diarah berpatah balik,” katanya dalam sidang akhbar di SJR sempadan Tegala Papan Kelantan-Terengganu, di sini hari ini.

Abdul Rozak berkata, peningkatan kenderaan dilihat lebih tinggi berbanding sebelumnya apabila laluan SJR mengalami kesesakan kenderaan keluar masuk sempadan negeri.

“Pendekatan nasihat dan amaran digunakan pada hari ini yang mendapati orang ramai memiliki surat kebenaran tanpa tarikh akhir perjalanan namun masih mendapat kelulusan.

“Manakala guru yang berulang alik dari Kelantan ke Besut dan dari Besut ke Kelantan masih menggunakan surat Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing dengan alasan diarah bertugas di sekolah,” katanya.

Abdul Rozak berkata, mulai esok pergerakan lebih 400 guru untuk keluar masuk merentas sempadan negeri tidak akan dibenarkan kerana mereka dibenarkan bekerja di rumah (BDR) dan melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI