fbpx

Rossi akui jentera makin baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSSI mengakui jenteranya mempamerkan peningkatan pada sesi ujian selepas perlumbaan GP Sepanyol yang berlangsung Ahad lalu. – AFP

JEREZ – Pelumba pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing (SRT), Valentino Rossi mampu menarik nafas lega selepas jenteranya menunjukkan peningkatan pada sesi ujian di Litar Jerez kelmarin.

Rossi menampilkan aksi tidak memberangsangkan apabila sekadar menamatkan Grand Prix (GP) Sepanyol di litar sama di kedudukan ke-17 Ahad lalu.

Bagaimanapun, sesi ujian yang dijalankan selepas perlumbaan itu menyaksikan pelumba Itali tersebut memperbaiki catatan masanya dengan jentera YZR-M1.

“Selepas perlumbaan hujung minggu lalu, moral saya dan pa­sukan berada pada tahap yang rendah. Hari ini (kelmarin) saya mampu tersenyum kerana prestasi semakin baik.

“Kami perlu meningkatkan prestasi serta menyesuaikan diri dengan jentera secepat mungkin. Kami sangat bergelut pada perlumbaan sebelum ini,” kata Rossi.

Pada masa sama, juara dunia sembilan kali itu menjelaskan penggunaan tayar yang lebih lembut dalam kejuaraan motosikal dunia tidak sesuai dengan gaya tunggangannya.

“Saya tidak mahu cakap tayar terlalu lembut untuk saya kerana orang lain pun menggunakan tayar sama. Saya perlu sesuaikan diri lebih cepat dengan tayar ini,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI