NEW YORK – Syarikat pengeluar aeroangkasa, Blue Bezos Origin akan menghantar kru pertamanya ke angkasa lepas pada 20 Julai ini dan menawarkan satu tempat duduk untuk pembelian tiket secara online, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.
Perjalanan tersebut akan mengambil masa sepuluh minit dengan empat penumpang dibawa mengelilingi garis Karman yang menandakan sempadan yang antara atmosfera Bumi dan angkasa lepas..
“Kami telah menyempurnakan kemampuan kapal angkasa kami untuk dilancar ke angkasa lepas dan kembali mendarat di bumi.
“Ini adalah kali pertama kapal angkasa New Shepard bakal memulakan perjalanan dengan membawa angkasawan,” kata klip video yang turut disertakan dalam pengumuman itu.
Roket kembali guna tersebut dinamakan sempena Alan Shepard yang merupakan warga Amerika Syarikat (AS) pertama pergi ke angkasa lepas enam puluh tahun lalu.
New Shepard berjaya melepasi 15 ujian teknikal di Pergunungan Guadalupe, Texas Barat.
Selepas berlepas, kapsul yang boleh membawa hingga enam anak kapal, akan terpisah daripada roket utama dan berada empat minit pada ketinggian melebihi 100 kilometer dari Bumi.
Penumpang kapal angkasa akan mengalami situasi graviti sifar sepanjang dan dapat melihat lengkungan Bumi dari atas angkasa.
Blue Origin memaklumkan pemenang bidaan tiket secara online itu akan diumumkan pada 12 Julai ini. – Agensi