fbpx

Najib dikompaun RM3,000, pengurus restoran RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Najib Tun Razak

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini dikena kompaun RM3,000 atas dua kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilakukan pada 19 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kertas siasatan kes pelanggaran SOP Norma Baharu PKPB oleh Najib di Restoran Nasi Ayam Hainan Chee Meng, Bukit Bintang telah dikembalikan dari Pejabat Peguam Negara hari ini dengan keputusan mengenakan kompaun.

“Beliau (Najib) dikenakan kompaun RM1,500 bagi setiap kesalahan kerana melakukan kesalahan mengikut Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Penyakit Berjangkit) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) 2021.

“Kesalahan pertama apabila beliau gagal mengimbas suhu badan semasa memasuki premis Nasi Ayam Hainan Chee Meng dan kesalahan kedua pula, gagal mendaftar kehadiran di premis itu melalui aplikasi MySejahtera atau menulis secara manual,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, pengurus restoran, Yeok Wei Hao pula dikenakan kompaun RM10,000 kerana gagal mengarahkan Najib membuat imbasan MySejahtera atau menulis nama di dalam buku daftar sebagaimana disyaratkan dalam SOP.

Tambah beliau, kesemua yang terbabit akan dikeluarkan kompaun dalam masa terdekat dengan nilai kompaun keseluruhan RM13,000.

“Kita minta orang ramai supaya patuh kepada SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam memerangi Covid-19,” ujarnya.

Terdahulu, pada 19 Mac lalu tular video berdurasi satu minit 39 saat menunjukkan Najib dilihat masuk ke restoran berkenaan dengan tidak melakukan imbasan suhu serta mendaftar MySejahtera tular di media sosial.

Ekoran insiden itu Najib dikecam orang ramai, dia kemudiannya membuat kenyataan melalui laman sosial Facebooknya mengaku kesilapan apabila tidak mendaftar menggunakan aplikasi MySejahtera walaupun pegawainya sudah berbuat demikian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI