fbpx

MEDAC sasar RM150,000 jualan sempena BJMR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mas Ermieyati (dua kanan) melawat gerai jualan pada majlis prapelancaran BJMR MEDAC di Auditorium Cempaka Sari Perbadanan Putrajaya di sini, hari ini. Foto oleh - FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menyasarkan nilai jualan sebanyak RM150,000 mampu diraih usahawan menerusi Bazar Jualan Murah Raya (BJMR) sempena Aidilfitri tahun ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, seramai 56 para usahawan, koperasi, pengusaha kendera saji serta penjaja dan peniaga kecil mengambil bahagian pada program yang bermula hari ini hingga 9 Mei nanti.

Menurutnya, BJMR MEDAC kali ini diadakan secara hibrid di mana pembeli mempunyai pilihan sama ada datang sendiri ke bazar atau melayari platform e-dagang Warungku atau JimatBiz bagi membeli barangan jualan.

“Program seumpama ini merupakan satu pemangkin untuk merancakkan ekonomi dan meningkatkan keyakinan usahawan serta koperasi dengan potensi pasaran domestik yang terus berkembang,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada program soft launch dan walkabout bazar tersebut di ruang legar, Auditorium Cempaka Sari, Presint 3, di sini hari ini.

Mas Ermieyati berkata, seramai 11,000 pengunjung terutamanya di sekitar Putrajaya dijangka menghadiri BJMR bagi mendapatkan barangan keperluan harian.

“Inilah masa terbaik untuk kita sama-sama membantu rakyat mendapatkan barangan dengan harga yang murah terutamanya dalam situasi ketika ini.

“Banyak produk dijual berkualiti dan harga yang lebih murah, jadi saya melihat ia akan memberi lebih penjimatan kepada persiapan keluarga menyambut Syawal nanti,” jelasnya.

BJMR merupakan inisiatif strategik kementerian selari dengan pelan Transformasi Koperasi (TransKoM) 2021-2025 yang dilancarkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 30 Mac lalu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI