fbpx

Lelucon, kritikan sosial 18 Puasa Di Kampong Pisang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WATAK Barkoba (kiri) dan Tyson 1 cukup meninggalkan impak tersendiri buat penonton filem 18 Puasa Di Kampong Pisang.

RATA-RATA penonton yang telah meluangkan sedikit masa menyaksikan filem terbaharu arahan sutradara tersohor, Mamat Khalid, 18 Puasa Di Kampong Pisang (18PDKP) memberikan respons luar biasa terhadap karya berkenaan.

Sehingga artikel ini dinukilkan, filem terbitan bersama Astro Shaw dan Enjit Enjit Semut Motion Pictures tersebut telah berjaya mengutip RM4 juta selepas 18 hari tayangan menerusi Astro First, sekali gus menjadikan naskhah berkenaan antara filem terlaris tempatan untuk tahun yang penuh mencabar ini.

BARKOBA lakonan Bell Ngasri mencetus fenomena dalam kalangan penonton.

18PDKP merupakan sebuah karya komedi bernuansakan satira yang penuh pengajaran, kritikan sosial dan mesej positif untuk teladan hidup.

Dari segi plot penceritaan, kesan visual dan perkembangan karakter, filem berkenaan tersangatlah juara!

MAMAT memberi simbolik bahawa setiap individu sering dibisikkan dua perkara, kebaikan dan kejahatan.

Bahkan secara peribadi buat penulis, karya tersebut merupakan antara yang terbaik pernah dihasilkan Mamat Khalid.

Leluconnya mengena, kebanyakan dialog pertuturan para pelakon berbekas di minda dan rata-rata watak (waima yang tempelan) mempunyai impak tersendiri.

Plot, perkembangan karakter

Menyentuh sedikit tentang plot ataupun naratif, 18PDKP dicernakan dengan genius. Mamat memastikan setiap detik perjalanan filem ‘diabadikan’ dengan peninggalan impak yang hebat kepada setiap menonton.

Watak Cik Purnama dan Daud M misalnya walaupun hanya sekali-sekala muncul dalam skrin namun tetap memberi kesan mendalam.

KEMUNCULAN Ustaz Kazim Elias (tiga dari kiri) dalam hanya beberapa adegan cukup memberi nilai tambah 18 Puasa Di Kampong Pisang.

Hal itu tidak akan berlaku andai Mamat tidak ‘nampak’ potensi watak-watak tersebut dan menterjemahkannya dengan sebaik mungkin.

Watak utama, Barkoba lakonan Bell Ngasri merupakan pusat perhatian. Dia kelakar, ‘berkarisma’ dan lakonannya, selain membuatkan penonton tidak kering gusi, melahirkan keinsafan.

Mengenai kesan visual, boleh disifatkan bahawa buah tangan Mamat kali ini yang paling ‘tertib’ dalam soal itu.

WATAK Tyson 1 lakonan Nam Ron sarat dengan dialog sarkastik yang menjentik kesedaran ramai.

Kesan visual di neraka sangat ‘ngam’ termasuk babak-babak ketika Tyson 1 dengan Tyson 2 bermain dengan api dan melekatkan ‘lencana’ di bahagian dada Barkoba disebabkan dosa lampaunya.

Dalam pada itu, kalau tidak diselitkan kritikan sosial dalam filem Mamat, bukan filem Mamat namanya. Banyak mesej tersirat yang dibawa Mamat dalam filem ini.

WATAK iblis yang mengawal suasana dalam neraka lakonan Nam Ron dan Man Raja Lawak.

Penonton boleh tertawa dengan babak yang dijayakan tanpa cakna sebenarnya apa yang dipaparkan berkait rapat dengan diri sendiri, Itulah kekuatan dan kuasa sinematik yang tidak pernah gagal dicernakan Mamat.

18PDKP memang terbaik. Bagi sesiapa yang belum berpeluang menyaksikannya, karya tersebut layak untuk diberikan sedikit perhatian rakyat Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI