fbpx

Ketua Armada Kelantan meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Muhammad Amiin Ridhuwan

PASIR MAS – Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Kelantan, Datuk Muhammad Amiin Ridhuwan Ab. Aziz, 36, meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung selepas selesai bersahur.

Allahyarham dilaporkan menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 6 pagi tadi dirumahnya di Kampung Pohon Buluh di sini.

Setiausaha Akhbar Armada Kelantan, Che Isham Sharudin Che Hamat Nordin ketika dihubungi Kosmo! mengesahkan perkara tersebut.

Menurutnya, pemergian mengejut Muhammad Amiin Ridhuwan disifatkan sebagai satu kehilangan yang cukup besar buat seluruh pimpinan di peringkat pemuda.

Che Isham Sharudin memberitahu, ketika ini, jenazah arwah masih berada di Hospital Pasir Mas untuk pemeriksaan lanjut dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Benta, Kampung Pohon Buluh di sini selepas solat Zohor.

Difahamkan, allahyarham meninggalkan dua orang balu dan lapan orang anak.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI