fbpx

Kerajaan Persekutuan tambah baik pemberian kewangan kepada negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Mesyuarat Majlis Kewangan Negara hari ini mengumumkan empat penambahbaikan membabitkan pemberian dan sokongan kewangan untuk diagihkan kepada kerajaan negeri ini tahun ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, kerajaan bersetuju meluluskan caruman kepada Kumpulan Wang Rizab Negeri berjumlah RM440 juta bagi membantu kerajaan negeri yang mengalami defisit untuk menguruskan hal ehwal kewangan dan melaksanakan projek pembangunan masing-masing.

Pada masa sama, katanya, kerajaan bersetuju meningkatkan peruntukan daripada RM350 juta kepada RM400 juta kepada semua kerajaan negeri di bawah Pemberian Berdasarkan Tahap Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur dan Kesejahteraan Hidup (Pemberian TAHAP).

“Peningkatan peruntukan ini adalah bagi tujuan membiayai aktiviti Ecological Fiscal Transfer sebagai insentif tambahan kepada kerajaan negeri untuk menjamin kelestarian biodiversiti negara,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara secara maya dan dihadiri oleh semua Menteri Besar dan Ketua Menteri dari semua negeri.

Sementara itu, Kementerian Kewangan berkata, kerajaan juga telah menyediakan peruntukan berjumlah RM260 juta kepada kerajaan negeri bagi membantu negeri yang mengalami pengurangan hasil pendapatan yang sangat drastik pasca Covid-19. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI