fbpx

Kepantasan jentera kecewakan Vettel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VETTEL mendedahkan bahawa jentera Aston Martin berdepan masalah kepantasan menyebabkan mereka gagal bersaing di GP Portugal. – AFP

PORTIMAO – Juara dunia empat kali Formula Satu (F1), Sebastian Vettel mengakui jentera Aston Martin tidak memiliki kepantasan yang dimahukan selepas gagal mengutip sebarang mata pada Grand Prix (GP) Portugal Ahad lalu.

Meskipun menampilkan aksi yang baik pada saingan kelayakan, namun Vettel gagal meneruskan prestasi tersebut ketika perlumbaan sebenar apabila sekadar menduduki tempat ke-13.

Justeru, dia menyuarakan rasa tidak puas hati berhubung prestasi jentera Aston Martin selepas seorang lagi pelumba, Lance Stroll menamatkan perlumbaan di tempat ke-14.

“Satu perlumbaan yang sangat sukar dan penggunaan tayar medium tidak beri kelebihan kepada kami. Saya bergelut untuk kejar pelumba-pelumba di kelompok hadapan.

“Secara keseluruhan, saya boleh katakan jentera kami tidak memiliki kepantasan yang mampu bersaing dengan pasukan-pasukan lain. Amat mengecewakan apabila gagal mengutip sebarang mata,” kata Vettel.

Pelumba dari Jerman itu juga berharap jurutera pasukan ber­kenaan mencari jalan penyelesaian bagi memastikan jentera mampu untuk memecut lebih laju pada perlumbaan akan datang.

“Kami sudah faham serta serasi dengan jentera, cuma belum cukup pantas dalam perlumbaan. Bagaimanapun, masih ada perkara positif kerana kami berada pada landasan terbaik ketika ini,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI