PETALING JAYA – “Perangai saya memang gila-gila.”
Itu respons pelakon dan penyanyi Didi Astillah berhubung video yang memaparkan aksinya menjilat pipi seorang wanita yang tular dalam media sosial.
Dalam video yang dikongsi oleh seorang pengguna Instagram @_ira.ridwan itu, dua wanita muda kelihatan itu sedang bergurau sebelum Didi mula menjilat-jilat pipi wanita dalam video berkenaan sebelum mereka sama-sama ketawa.
Didi atau nama sebenarnya Dayang Nazilah Awang Astillah, 25, bagaimanapun tidak menyangka video tersebut diperkatakan netizen.
“Sebenarnya wanita tersebut merupakan salah seorang pelakon dalam drama yang sedang kami jalani pengambaran. Kami memang perangai ‘gila-gila’.
“Tak sangka pula orang salah faham dengan video tersebut kerana tidak kenal perangai saya yang ‘masuk air’,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.
Dalam pada itu, adik kepada pelakon Bella Astillah itu memberitahu aksi menjilat pipi itu bukan dilakukan ketika sedang berpuasa.
“Gurauan tersebut semua berlaku pada waktu malam, jadi tiada istilah membatalkan puasa atau tidak.
“Harap perkara ini tidak dipanjangkan kerana hanya gurauan semata-mata,” tuturnya.
Tambahnya, dia juga tidak kisah sekiranya ada netizen yang mengecam aksinya itu.
“Biarlah orang nak cakap apapun, sebab orang tidak kenal saya bagaimana.
“Orang nak cakap saya suka kaum sejenis atau perangai tidak senonoh atau apa, biarkan saja,” ujarnya yang sedang menjalani pengambaran drama Kinabalu Aku Rindu di Sabah.