fbpx

Janda didakwa kononnya dirogol di pusat kuarantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh, Siti Nashurah (tengah) didakwa memberi maklumat palsu kepada polis kononnya dia dirogol seorang lelaki di Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Seorang janda anak tiga didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membuat laporan palsu kononnya dia dirogol seorang lelaki ketika sedang menjalani tempoh kuarantin Covid-19 di sebuah pusat kuarantin di Pengkalan Chepa di sini minggu lalu.

Tertuduh, Siti Nashurah Mat Daud, 26, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohd. Izuddin Mohd. Shukri.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah memberikan maklumat palsu bahawa dia dirogol oleh Mohamad Rizwan Abdullah,34, kepada seorang anggota polis berpangkat koperal dengan niat agar tindakan dapat diambil terhadap lelaki itu.

Tertuduh melakukan kesalahan itu di kaunter Balai Polis Pengkalan Chepa kira-kira pukul 5.58 petang pada 1 Mei lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nik Nazriani Nik Ab. Rahman.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan 23 Jun depan untuk sebutan semula kes.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI