fbpx

Halau warga asing, seorang lelaki dianggap ‘hero’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan beberapa orang peniaga dipercayai warga asing yang berniaga di tepi jalan di sebuah kawasan di Kuala Lumpur

PETALING JAYA – Sebuah rakaman video yang memaparkan tindakan seorang lelaki menghalau peniaga warga asing kerana mereka dipercayai berniaga tanpa lesen dan juga tidak mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) di Kuala Lumpur, tular di aplikasi Facebook, baru-baru ini.

Video yang berdurasi selama sembilan minit itu menunjukkan ramai peniaga warga asing yang berniaga tanpa permit di kawasan tersebut dihalau oleh seorang lelaki yang tinggal berdekatan kawasan itu.

Warga asing yang menjual sayur-sayuran di situ dipercayai tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah dan mereka juga tidak membuat kod QR MySejahtera serta buku pendaftaran pelanggan di premis mereka.

Seorang lelaki yang dipercayai menetap di sekitar kawasan tersebut naik berang apabila mengetahui kawasan itu dijadikan sebagai tempat berniaga mereka yang tidak sah serta menganggu perniagaan masyarakat setempat.

“Kak, tolong tutup semua kak. Melampau kamu semua! Mana pihak berkuasa yang serang peniaga Melayu di Jalan Muaz beberapa hari lepas, minta tolong serbu kawasan di sini.

“Orang kita yang meniaga di sana (Jalan Tar), diganggu. Warga asing di sini, tiada siapa yang datang untuk membuat serbuan di sini. Makin melampau warga asing di sini, langsung tiada rasa hormat terhadap peniaga Melayu di negara ini,” katanya.

Lelaki itu turut menambah, hanya kerana dia sudah jarang membuat tinjauan di kawasan itu, warga asing di sana sudah naik kepala dan berniaga sesuka hati mereka.

“Bagus tindakan abang ni, saya sokong. Bila masyarakat kita berniaga, semua kena angkut tapi bila warga asing berniaga, tiada satu tindakan pun diambil. Syabas bang!,” komennya di Facebook.

Seorang pengguna Facebook turut memuji tindakan lelaki itu dan mengucapkan terima kasih atas tindakannya yang berani. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI