Ketika ramai yang berdebat tentang isu pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Neelofa, terselit juga kisah mengenai pelakon genit Intan Najuwa.
Bukan kisahnya putus tunang ataupun bersama Zul Ariffin, tetapi mengenai teguran netizen terhadap pakaian yang digayakannya.
Intan baru-baru ini ada memuat naik sebuah video dalam Instagram memaparkan dia memakai baju menampakkan sedikit bahagian perut.
Pada mata netizen, baju tersebut tidak sesuai dipakai, terutama pada bulan Ramadan yang mulia.
“Perut tu awak, bulan puasa ini tutuplah sikit,” tegur pengikut Instagramnya.
“Saya suka Intan dan berdoa agar dia menutup aurat. Saya tak mahu dia masuk neraka,” tulis seorang lagi warga maya.
Ada benar apa yang ditegur para netizen. Mungkin Intan perlu lebih berhati-hati memilih pakaian yang sopan dan sedap mata memandang. Mereka tegur kerana sayang pada pelakon pujaan ramai itu.