fbpx

Brave Girls cuma tidur dua jam sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BRAVE GIRLS

BERIKUTAN populariti luar biasa yang ditempa ketika ini, kumpulan Brave Girls mendedahkan mereka hanya berpeluang tidur selama satu hingga dua jam sehari.

Semuanya gara-gara kepadatan jadual yang membuatkan mereka terlalu sibuk sehingga tidak sempat untuk berehat termasuk tidur.

Bagaimanapun, kata kumpulan itu, mereka gembira dengan apa yang dikecapi pada hari ini selepas empat tahun bergelar artis gara-gara lagu berjudul Rollin’ yang diluncurkan pada 2017 tiba-tiba tular pada Mac lalu.

“Sejak kebelakangan ini kami hanya dapat tidur satu hingga dua jam tetapi hari ini kami tidur lebih lama iaitu empat jam,” kata Minyoung
ketika mereka muncul sebagai artis undangan dalam program Immortal Songs: Singing the Legend terbitan KBS baru-baru ini.

Tambah Minyoung, jadual Brave Girls sangat sibuk ketika ini apabila banyak menerima tawaran terlibat dalam pelbagai jenis iklan.

“Baru-baru ini kami selesai menjalani penggambaran untuk permainan video, makanan ringan, pakaian dan juga kosmetik.

“Kami tidak pernah terfikir mengecap kejayaan seperti apa yang ada pada hari ini. Terima kasih kepada semua peminat kerana apa yang berlaku seperti sebuah keajaiban,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI