fbpx

Bangunkan strategi hijau hadapi perubahan iklim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUSTAPA

PETALING JAYA – Perusahaan di negara ini diseru untuk melihat ke hadapan dan membangunkan strategi hijau masing-masing bagi mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan penggunaan sumber.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, langkah mitigasi pencemaran dan perubahan iklim kini menjadi semakin penting ketika perniagaan di seluruh dunia sedang mencari ‘lesen sosial’ untuk terus beroperasi.

Jelasnya, sebagai negara yang bergantung kepada perdagangan global, dengan purata lebihan dagangan berjumlah RM11 bilion sebulan antara tahun 2016 dan 2020, syarikat tempatan perlu lebih peka terhadap cabaran dan peralihan global.

“Dunia sedang melalui fasa peralihan ke arah penggunaan tenaga lebih bersih, hijau serta mampan dan banyak rakan dagangan kita yang membawa cita-cita emisi sifar ke depan.

“Kesatuan Eropah misalnya ingin memastikan pengeluar barangan yang diimport membayar kos emisi yang sama seperti syarikat Eropah, manakala cukai karbon sempadan akan dikenakan kepada import dari negara-negara yang ketinggalan dalam memerangi perubahan iklim.

“Lebih banyak industri di seluruh dunia fokus untuk menjadi lebih mampan dari segi penggunaan sumber dan menunjukkan komitmen terhadap matlamat alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) untuk masa depan lebih lestari,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menampaikan ucaptama webinar Climate and Sustainability Ambitions of our Trading anjuran Climate Governance Malaysia semalam.

Menurut Mustapa, kerajaan bakal melancarkan Dasar Tenaga Kebangsaan untuk memandu perancangan dan pembangunan sektor tenaga negara ketika beralih ke arah laluan rendah karbon.

“Polisi ini, bersama dengan pelan tindakan holistik akan mengukuhkan dan memperkuatkan ekosistem perdagangan negara,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI