fbpx

Bakal peguam didakwa 16 pertuduhan pecah amanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Seorang bakal peguam didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas 16 pertuduhan pecah amanah berjumlah RM39,228 milik firma guaman tempatnya menjalani latihan dalam kamar di antara 2018 hingga 2019.

Sutrisno Sujeno, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Yang Zaimey Yang Ghazali.

Berdasarkan kesemua pertuduhan, tertuduh sebagai pelatih dalam kamar sebuah firma guaman melakukan pecah amanah RM39,228 melibatkan 10 pelanggan untuk kegunaan dirinya sendiri.

Kesemua perbuatan itu dilakukan di pejabat firma itu yang terletak di Dataran Palma, Ampang bermula 28 Disember 2018 hingga 19 Februari 2019.

Sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga 14 tahun dan sebat dan denda mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Zatil Hidayah Ali menawarkan jaminan RM50,000 bagi semua pertuduhan dengan syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan jaminan RM20,000 bersama seorang penjamin dan membenarkan syarat tambahan pendakwaan. Sebutan semula kes ditetapkan 9 Jun depan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI