fbpx

Agong zahir ucapan tahniah kepada Pandelela Rinong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejayaan Pandelela merupakan satu sejarah baharu buat sukan terjun negara.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada penerjun negara, Pandelela Rinong selaku juara acara 10 meter platform individu wanita Piala Dunia Terjun FINA di Tokyo, Jepun semalam.

Menurut kenyataan dikeluarkan Istana Negara di laman Facebook, Al-Sultan Abdullah menzahirkan rasa sukacita dan bangga atas kejayaan beliau melakar sejarah baharu sukan terjun negara sekali gus mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

“Pencapaian cemerlang penerjun kebangsaan kelahiran Sarawak ini membuktikan Malaysia mampu melahirkan atlet dan individu yang berkualiti, berkaliber dan bertaraf antarabangsa.

“Ia juga membuktikan bahawa dengan iltizam, semangat perjuangan yang tinggi dan usaha yang bersungguh-sungguh, rakyat Malaysia mampu bersaing dan berjaya pada peringkat dunia,” titah baginda di sini hari ini.

Seri Paduka Baginda turut berharap kejayaan dan semangat perjuangan Pandelela menjadi sumber inspirasi kepada rakyat khususnya para atlet di Malaysia untuk bekerja keras dan berusaha mencapai kejayaan di dalam bidang masing-masing di dalam negara dan peringkat antarabangsa.

Seri Paduka Baginda menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada Pandelela Rinong dan mendoakan semoga beliau dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan serta sekali lagi mengharumkan nama negara pada Sukan Olimpik Tokyo Julai ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI