fbpx

411 individu ingkar SOP PKP ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seramai 411 individu ditahan semalam ekoran kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 408 individu dikompaun manakala tiga lagi direman.

“Antara kesalahan direkodkan ialah gagal merekod butiran diri atau daftar masuk premis iaitu sebanyak 168 kes, tidak memakai pelitup muka (94), tiada penjarakan fizikal (61), aktiviti pusat hiburan (56) dan lain-lain (32).

“Kerajaan telah mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya meningkatkan pemantauan pematuhan SOP di negeri dan kawasan hotspot yang dikenal pasti di bawah sistem Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai PDRM telah melakukan 67,229 pemeriksaan semalam bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP PKP.

“Seramai 4,205 Pasukan Pematuhan melibatkan 15,697 anggota telah membuat pemantauan di 4,580 pasar raya, restoran (4,845), kilang (2,253), bank (4,250), pejabat kerajaan (1,183) dan penjaja (3,789).

“Turut dipantau ialah pasar awam atau tani (2,082), tempat ibadah (3,353), tempat riadah (1,655), terminal pengangkutan darat (1,545), terminal pengangkutan air (332) dan terminal pengangkutan udara (104),” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, seramai 14 pendatang asing tanpa izin (PATI) telah ditangkap manakala 11 buah kenderaan darat dirampas menerusi Op Benteng semalam.

“Sebanyak 144 buah bot atau kapal turut dikesan di perairan negara melalui lapan aktiviti penglihatan,” katanya yang turut memberitahu, sebanyak 282 Sekatan Jalan Raya telah dilaksanakan semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI