fbpx

35 kes perangkap video, gambar lucah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang merekodkan sebanyak 35 kes jenayah pemerasan melibatkan ugutan penyebaran gambar atau video lucah bagi tempoh Januari 2020 sehingga April tahun ini melibatkan kerugian sebanyak RM126,860.

Aplikasi sosial yang digunakan oleh sindiket terbabit adalah seperti WeChat, Facebook, Michat, Line, Instagram, Tantan, Singol, Tinder, Yimi, Heymandi, Skype dan WhatsApp.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais berkata, modus operandi sindiket adalah dengan menggunakan wanita-wanita muda yang dipercayai warga asing untuk memperdayakan mangsa di laman sosial dengan melakukan aksi-aksi ghairah.

Rahimi

Jelasnya, aksi ghairah mangsa itu kemudiannya dirakam tanpa disedari dan digunakan semula untuk mengugut mangsa.

“Sekiranya tidak dibayar wang yang diminta, gambar atau video mangsa atau gambar mangsa yang diubah suai akan disebarkan melalui media sosial.

“Penjenayah juga menggunakan keldai akaun dan ‘Pin Razer Gold’ untuk melakukan transaksi antara mangsa dengan penjenayah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Rahimi, selain melalui aplikasi telefon bimbit, sindiket itu turut menggunakan modus operandi dengan menawarkan perkhidmatan urut dan khidmat seks menerusi laman web untuk memerangkap mangsa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI