fbpx

Masa depan Bottas semakin ‘goyang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BOTTAS (tengah) perlu mempamerkan prestasi lebih baik jika tidak mahu Russell menggantikan tempatnya di Mercedes musim depan.

LONDON – Masa depan pelumba Finland, Valtteri Bottas bersama Mercedes musim depan berada dalam keadaan bahaya selepas pasukan itu dikatakan sudah mula hilang kepercayaan terhadap kemampuannya untuk bersaing merebut kejuaraan dunia Formula Satu (F1).

Difahamkan, tempat Bottas berkemungkinan besar bakal diambil alih pelumba muda dari Britain, George Russell untuk menjadi rakan sepasukan kepada Lewis Hamilton.

Prestasi agresif Russell bersama Williams dikatakan telah berjaya menambat hati ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff untuk membawa masuk pelumba berusia 23 tahun itu pada perlumbaan F1 musim depan.

Bottas yang menyertai Mercedes sejak 2017, hanya mampu meraih sembilan kemenangan meskipun memandu jentera pa­ling kompetitif dalam perlumbaan tersebut.

Situasinya amat berbeza jika dibandingkan dengan Hamilton yang berjaya memanfaatkan peluang tersebut dengan meraih 44 kemenangan, selain menjuarai enam gelaran dunia daripada lapan musim terakhirnya bersama Mercedes sejak 2013.

Ketika ini, Mercedes dalam perbincangan mahu menyambung kontrak Hamilton selepas juara dunia tujuh kali itu menyatakan kesediaannya untuk meneruskan perlumbaan musim depan.

“Kita akan melakukan perbincangan dengan Hamilton tidak lama lagi kerana dia berminat untuk meneruskan lagi saingan F1 pada musim depan.

“Mengenai Bottas, saya rasa kita perlu melihat prestasinya sepanjang musim ini kemudian barulah kita menilai. Saya belum dapat membuat keputusan lagi ketika ini kerana perlumbaan masih lagi panjang,” kata Wolff.

Sebagai rekod, Russell berada dalam program pemandu muda Mercedes dan pernah mengambil alih tempat Hamilton yang positif Covid-19 sewaktu GP Sakhir di Bahrain pada Disember tahun lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI