fbpx

Angkara lembu, pemuda maut diseret kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mazrul Hakimi yang parah pada bahagian kepala meninggal dunia di tempat kejadian, malam tadi.

KOTA TINGGI – Seorang penunggang motosikal maut selepas terjatuh akibat melanggar seekor lembu yang sedang melintas jalan sebelum dirempuh sebuah kereta di Jalan Utama Felda Semenchu, Kota Tinggi, Johor malam tadi.

Mangsa, Mazrul Hakimi Miskan, 23, beralamat di Felda Air Tawar 4 mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, kejadian berlaku pada pukul 8.45 malam melibatkan dua buah kenderaan iaitu motosikal jenis Yamaha 135LC dan sebuah kereta Proton Wira.

Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku apabila penunggang motosikal dalam perjalanan dari Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi menghala masuk ke felda berkenaan.

“Ketika melepasi lebih kurang dua kilometer daripada simpang masuk Jalan utama felda itu, mangsa telah melanggar seekor lembu yang secara tiba-tiba melintas jalan.

“Kejadian itu dilihat seorang saksi bebas yang memandu dibelakang mangsa. Ekoran itu mangsa telah terjatuh dan terbaring di jalan bertentangan sementara motosikal terbabas ke bahu jalan bertentangan.

“Dalam masa sama sebuah kereta dipandu seorang remaja berusia 19 tahun datang dari arah bertentangan tidak perasan akan mangsa yang terbaring ekoran keadaan jalan gelap tanpa lampu, lalu telah melanggar mangsa dan mangsa terseret sepanjang 60 meter daripada tempat pelanggaran,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk urusan bedah siasat manakala pemandu Proton Wira tidak mengalami apa-apa kecederaan.

Jelasnya, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-K! ONLINE

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI