fbpx

Ular sawa 150 kilogram ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM menangkap seekor ular sawa seberat kira-kira 150 kilogram di tapak projek solar dekat Kuala Pahang di Pekan semalam.

PEKAN – Kehadiran ular sawa batik dianggarkan seberat 150 kilogram berhampiran tapak projek solar dekat Kuala Pahang di sini, pagi semalam, mengejutkan pekerja tapak projek berkenaan.

Ular sawa sepanjang kira-kira enam meter itu dikesan pekerja tapak projek itu di dalam parit dalam kawasan projek berkenaan sekitar pukul 8 pagi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pekan, Azamshah Apearal berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan reptilia itu kira-kira pukul 8.20 pagi.

“Seramai enam pegawai dan anggota APM daerah dikejarkan ke lokasi sebaik menerima laporan penemuan ular sawa berkenaan dan kami mengambil masa kira-kira 25 minit untuk menangkap dan mengalihkan ular sawa itu daripada parit terbabit.

“Kita terpaksa menggunakan lori dari tapak projek tenaga solar berkenaan untuk membawa ular sawa itu ke pejabat APM Pekan berikutan saiz sangkar dibawa pegawai dan anggota kami tidak boleh memuatkan ular terbabit,” katanya di sini, hari ini.

Azamshah berkata, bagi memastikan reptilia terbabit tidak mengalami tekanan atau mati, pihaknya melepaskan ular sawa terbabit di kawasan hutan di sekitar daerah Pekan pada pukul 12 tengah hari semalam.

“Kami lepaskan ular sawa batik ini di lokasi yang sesuai dan jauh daripada ancaman manusia,”ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI