fbpx

Tiada botox, penebal bibir untuk remaja Britain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penebal bibir dan botox kini dilarang untuk sesiapa yang berumur di bawah 18 tahun di Britain. - Getty Images

LONDON – Suntikan botox dan penebal bibir akan diharamkan buat pengguna di bawah berusia 18 tahun di Britain berikutan penguatkuasaan undang-undang baharu, lapor akhbar Daily Mail, kelmarin.

Akta baharu yang dikenali sebagai Botulinum Toxin and Cosmetic Fillers (Children) Act itu menghalang sesiapa yang berumur di bawah 18 tahun daripada mendapatkan penebal bibir atau suntikan botox.

Akta ini juga bermaksud bahawa doktor, pengamal perubatan berdaftar, atau profesional kesihatan akan diminta untuk menandatangani prosedur untuk golongan remaja ini jika ada keperluan perubatan untuk mendapatkan kedua-dua suntikan tersebut.

Undang-undang baharu itu disahkan parlimen minggu ini dan akan dikuatkuasakan mulai musim luruh akan datang.

Menurut analisis oleh Jabatan Kesihatan Britain, 41,000 prosedur suntikan botox mungkin telah dilakukan oleh mereka yang berusia bawah 18 tahun pada tahun 2020.

Selain itu, lebih daripada 29,300 prosedur penebal bibir mungkin telah dilakukan oleh golongan berusia bawah 18 tahun sejak empat tahun lalu.

Ahli Parlimen Sevenoaks, Laura Trott bertanggungjawab mengemukakan rang undang-undang (RUU) itu ke dewan parlimen pada Januari tahun lalu dan mendapat sokongan parti dalam Dewan Rakyat.

Selepas RUU itu diluluskan, Trott memberitahu tiada seorang pun kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan suntikan kosmetik untuk dilihat sempurna.

“Saya gembira bahawa hari ini RUU saya telah diluluskan, melarang prosedur berbahaya dan tidak perlu yang boleh merosakkan kehidupan anak-anak.

“Ini adalah langkah besar untuk melindungi anak muda, terutama wanita, dari pengeluar kosmetik yang tidak bertanggungjawab,” ujarnya.

Pemilik perniagaan akan mempunyai masa beberapa bulan untuk mengubah suai perkhidmatan mereka di bawah undang-undang baharu dan memaklumkan pekerja berkenaan perubahan ini.

Suntikan botox, penebal bibir dan prosedur buang bulu secara laser menyumbang sembilan daripada 10 rawatan bukan pembedahan yang kerap dilakukan di Britain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI