fbpx

Tandas jadi tempat Lia lepaskan tekanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIA

PENYANYI kumpulan ITZY, Lia mempunyai cara unik dan mungkin kedengaran agak pelik untuk menghilangkan tekanan.

Dedahnya, dia gemar menghabiskan masa di dalam tandas untuk melepaskan tekanan atau mencari ketenangan.

Ketika muncul dalam program Knowing Brothers terbitan JTBC baru-baru ini, penyanyi itu berkata, dia menggunakan sebuah tempat yang ‘istimewa’ iaitu tandas di stesen penyiaran televisyen sekiranya mahu bertenang.

“Kalau saya mahu mencari ketenangan, saya pergi ke tandas. Memandangkan stesen penyiaran selalunya bising dengan ramai orang yang sibuk melakukan kerja, maka tandas menjadi lokasi yang paling sunyi untuk duduk berseorangan,” katanya.

Tambah Lia, disebabkan tabiatnya yang gemar menghabiskan masa berseorangan di dalam tandas, dia sudah mahir dengan semua tandas yang terdapat di mana-mana stesen penyiaran.

“Saya tahu mana tandas terbaik di setiap stesen penyiaran televisyen. Paling tenang ialah di stesen MBC. Saya rasa selamat ketika melihat pemandangan di situ. Hangat, bersih dan tiada orang di situ,” ceritanya.

Pendedahan tersebut mendapat perhatian ramai. Peminat berpendapat tandas memang tempat terbaik untuk lari seketika daripada hiruk-pikuk dunia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI