fbpx

Surau usaha ternakan ikan dalam longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang AJK Surau Raudhah Al-Faiziin memberi makan anak ikan tilapia yang diternak di dalam lokang surau.

KUANTAN – Jawatankuasa Surau Radhah Al-Faiziin, Taman Beserah Ria di sini bertindak kreatif apabila memanfaatkan longkang surau berkenaan dengan mengubahsuainya menjadi kolam ternakan ikan sejak awal bulan lalu.

Pengerusinya, Nazaruddin Mahmud, 60 berkata, sebahagian longkang surau sepanjang 50 meter dengan kedalaman 1.5 meter itu diubahsuai untuk menempatkan kira-kira 1,200 benih ikan tilapia.

“Sejak surau ini dibina, longkang di sini tidak pernah ada air kecuali ketika hujan jadi kami mengubahnya menjadi kolam ternakan ikan supaya dapat mendatangkan hasil.

“Kami juga bercadang untuk menambahkan lagi panjang ‘longkang ikan’ ini sehingga 100 meter pada masa akan datang selain menambah 1,000 lagi benih ikan tilapia dalam tempoh terdekat,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Nazaruddin, semua keperluan untuk membina ‘longkang ikan’ itu termasuk benih ikan tilapia dan makanan ikan adalah hasil sumbangan pelbagai pihak termasuk anak kariah surau sendiri.

Katanya, usaha surau tersebut mendapat sokongan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCORP) dan Alam Flora yang turut menyumbang dalam pelaksanaan projek berkenaan.

Dalam pada itu beliau berkata, selain ternakan ikan dalam longkang, pihaknya mengambil inisiatif mengusahakan tanaman sayur-sayuran di sekitar kawasan surau sejak awal tahun lalu.

“Pada awalnya, kami mahu melestarikan kawasan surau dengan memanfaatkan sumber air bukit yang sentiasa mengalir di tepi surau ini dan masih menggunakannya sehingga ke hari ini

“Kini terdapat kira-kira 150 pokok lada salak selain 30 pokok cili padi dan cili jambak. Sebelum ini, kami pernah menanam terung, timun, bendi dan kangkung malah sudah menuai hasilnya,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI