fbpx

Skuad terbaik menanti Harimau Selatan di Alor Setar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AIDIL SHARIN (kanan) akan mempertaruhkan skuad terbaik pada aksi menentang JDT di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam ini.

Oleh MOHD. RAFIE AZIMI

SELEPAS mengharungi 11 perlawanan liga, pertembungan antara Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) malam ini bakal menjadi aksi pertama yang menyaksikan pasukan Hijau Kuning memiliki barisan penuh dalam skuad utama.

Itu antara faktor yang menjadikan perlawanan tersebut amat dinanti-nantikan penyokong tuan rumah selain reputasi serta perbezaan cuma satu mata melibatkan kedua-dua pasukan di puncak liga.

Kecuali pemain yang kerap dimasukkan sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua iaitu Fadzrul Danel yang terpaksa melalui penggantungan empat perlawanan, lain-lain pemain utama dilihat bebas daripada penggantungan mahu pun kecederaan yang membelenggu pasukan tersebut sebelum ini.

Situasi itu sudah tentu mendatangkan lebih pilihan kepada Aidil ketika barisan pemain muda yang diberi harapan untuk menggantikan pemain-pemain utama sebelum ini, jelas bertindak cemerlang hingga membantu pasukan tersebut berada di kedudukan kedua liga.

Begitupun, Aidil ketika dihubungi jelas tidak mahu mendedahkan mengenai barisan pemain yang bakal diturunkan dalam perlawanan itu nanti.

Sebaliknya, beliau sekadar memaklumkan bahawa para pemain cukup bersemangat untuk menghadapi perlawanan tersebut sekli gus mampu membawa mereka ke puncak liga sekiranya mengutip tiga mata penuh.

“Setakat sekarang, semuanya nampak baik dengan para pemain jelas bermotivasi tinggi. Kemenangan ke atas Melaka minggu lalu membakar semangat pemain untuk mengharungi perlawanan minggu ini. Namun, ketiadaan penyokong di stadium agak menyedihkan kerana seperti saya selalu katakan, tiada ertinya bola sepak tanpa penyokong,” katanya.

Sementara itu, kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar berkata, kehadiran penyokong di stadium dalam beberapa perlawanan kebelakangan ini sememangnya banyak membantu pemain untuk terus berusaha bagi mencatat kemenangan biarpun ketinggalan pada minit-minit awal permainan.

“Apakan daya demi keselamatan semua, perlawanan ini terpaksa dilaksanakan secara tertutup. Namun, kami tetap memohon doa semua agar kami berjaya mencatat keputusan terbaik. Insya-Allah kami akan berusaha bersungguh-sungguh dan mengekalkan momentum sebelum ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI