fbpx

Proton rekod pertumbuhan 3 bulan berturut-turut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
3,583 unit Proton X50 terjual April lalu.

PETALING JAYA – Proton meneruskan momentum tahun ini dengan mancatatkan 15,017 unit kenderaan terjual di pasaran domestik dan eksport pada April lalu, pertumbuhan untuk bulan ketiga berturut-turut.

Ia merupakan peningkatan sebanyak 0.18 peratus berbanding Mac, dengan anggaran penguasaan pasaran berjumlah 26.7 peratus.

Secara keseluruhan, Proton terus mengukuhkan kedudukannya di tempat kedua dalam carta pengeluar kenderaan di negara ini dengan pegangan pasaran untuk tahun ini dianggarkan pada 24.4 peratus manakala jualan keseluruhan untuk tempoh empat bulan pertama 2021 berjumlah 47,843 unit.

Proton Saga kembali ke puncak carta jualan dengan 5,472 unit terjual pada April, manakala model kenderaan utiliti sukan Proton terus mendapat permintaan kukuh dengan 3,583 unit dihantar bagi model X50 dan 2,101 unit bagi X70.

Roslan Abdullah

Ketua Pegawai Eskekutif Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, April ialah bulan yang baik untuk industri automotif tempatan dan selain Proton, beberapa jenama lain turut merekodkan prestasi terbaik tahun ini pada April lalu.

Tambahnya, jualan keseluruhan industri dianggarkan melebihi 56,000 unit bulan lalu, ketika semua jenama sedang berusaha untuk memenuhi pesanan pembeli sebelum berakhirnya insentif cukai jualan Penjana pada akhir Jun.

“Bagi Proton, kami meneruskan usaha untuk memenuhi permintaan produk yang tinggi disamping mengekalkan tahap kualiti produk.

“Pada masa sama, kami fokus untuk meningkatkan khidmat pelanggan dan menangani masalah berkaitan dengan ketersediaan alat ganti, satu aspek yang sangat penting ketika jumlah penjualan kami sedang meningkat.

“Kami menjangkakan situasi akan semakin pulih dan kami tetap berusaha keras untuk memendekkan tempoh diperlukan untuk memenuhi keperluan pelanggan,” katanya dalam siaran akhbar yang dikeluarkan semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI