fbpx

Polis buru wanita beri anak satu tahun hisap vape

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kanak-kanak itu kelihatan tidak selesa apabila dipaksa ibunya menghisap vape.

AMPANG JAYA – Seorang pemilik akaun Instagram kini diburu pihak polis selepas memuat naik satu video memaparkan tindakannya memberi seorang kanak-kanak berusia dalam lingkungan setahun menghisap rokok elektronik atau vape.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, pihaknya telah sedia maklum tentang penularan video terbabit dan kini sedang didalam usaha mengesan lokasi kejadian.

“Pihak polis dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat sedang giat mengesan lokasi kejadian bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan dan tindakan menyelamatkan kanak-kanak tersebut dilakukan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Terdahulu, Kosmo! Online sebelum ini melaporkan tentang satu rakaman video memaparkan tindakan seorang wanita memaksa seorang kanak-kanak dipercayai anaknya sendiri menghisap rokok elekronik atau vape tular sehingga menerima kecaman daripada netizen.

Terdahulu, wanita yang dipercayai ibu kepada kanak-kanak itu telah memuat naik Instastory memaparkan anaknya itu menerusi laman Instagramnya.

Menerusi video tersebut jelas ‘reaksi’ kanak-kanak berkenaan tidak selesa dipaksa menghisap vape berulang kali. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI