fbpx

Kumpulan curi tong RORO tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Rosdi menunjukkan sebahagian daripada tong RORO yang berjaya dirampas dalam satu serbuan di Kajang, 28 April lalu.

SERDANG – Tindakan licik sekumpulan individu melarikan tong sampah pukal (RORO) sebelum diubahsuai untuk dijual semula atau disewakan akhirnya berjaya ditumpaskan menerusi satu serbuan di sebuah ladang kelapa sawit di Sungai Tangkas, Kajang pada 28 April lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Mohd. Rosdi Daud berkata, serbuan kira-kira pukul 8 malam itu dilakukan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang hasil risikan dan maklumat awam.

“Seramai lima individu telah ditahan yang terdiri daripada tiga lelaki tempatan dan dua lelaki warga India berusia lingkungan 20 hingga 38 tahun serta telah dikenalpasti aktif sejak enam bulan lalu.

“Susulan serbuan itu, pihak polis turut merampas sebanyak 14 buah tong RORO, sebuah lori serta beberapa barangan lain yang dipercayai digunakan untuk mengubahsuai tong RORO dianggarkan bernilai RM140,000,” katanya pada satu sidang akhbar di IPD Serdang di sini hari ini.

Menurut Mohd. Rosdi, modus operandi kumpulan terbabit adalah mengenalpasti lokasi tong RORO yang ingin dicuri pada waktu siang sebelum datang kembali dengan menaiki lori pada sebelah malam.

“Tong RORO itu kemudiannya akan dibawa ke ladang sawit berkenaan untuk kerja-kerja pengubahsuaian bagi menghilangkan rupa fizikal asal sebelum diletakkan nama syarikat milik salah seorang suspek.

“Tong-tong berkenaan kemudiannya akan dijual pada harga RM5,000 ke RM6,000 atau disewakan kepada pelanggan dengan harga RM150 hingga RM200 sehari,” jelas beliau.

Tambah beliau, kesemua tangkapan direman enam hari sehingga hari ini dan akan disambung reman bagi siasatan lanjut berhubung kes tersebut yang dilakukan di bawah Sekyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri. –  K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI