fbpx

Inter juara baharu saingan Serie A

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA peminat Inter meraikan kejayaan pasukan mereka merangkul gelaran Serie A musim di Piazza Duomo di Milan sekali gus menamatkan penguasaan Juventus. – AFP

MILAN – Inter Milan sah menjuarai gelaran Serie A buat kali pertama dalam tempoh 11 tahun selepas pencabar terdekat, Atalanta hanya mampu melakar keputusan seri 1-1 dalam aksi yang berlangsung awal pagi semalam.

Keputusan tersebut sekali gus menyaksikan Inter selesa dengan kelebihan 13 mata ketika sai­ngan hanya berbaki 4 perlawanan sekali gus menamatkan penguasaan Juventus yang menjuarai Serie A sembilan kali berturut-turut sebelum ini.

Ketua pegawai eksekutif Inter, Beppe Moratta ­me­ng­akui percaturan genius yang dilakukan oleh Antonio Conte menjadi punca utama mereka dapat menguasai liga secara tidak langsung merangkul gelaran Scudetto musim ini.

“Saya harap pujian diberikan sepenuhnya kepada Conte ke­rana strategi yang dirancang­nya sepanjang musim ini cukup menjadi kerana bukan mudah untuk ditabal sebagai juara ketika sai­ngan masih berbaki empat perlawanan.

“Jika kami menang semua baki saingan, pasukan dapat mengumpul maksimum 94 mata dan itu adalah pencapaian yang luar biasa. Justeru, saya percaya keputusan untuk mengekalkan khidmat Conte adalah sangat tepat.

“Malah, pelaburan kami de­ngan menawarkan kontrak bernilai €12 juta (RM59.2 juta) semusim kepadanya adalah cukup berbaloi dengan apa yang berjaya disumbangkan selepas membantu menamatkan kemarau 11 tahun pasukan ini,” katanya.

Conte yang telah mengendalikan skuad Nerazzuri sejak 2019 berjaya membantu pasukan muncul naib juara musim lepas dengan perbezaan satu mata de­ngan Juventus selain mara ke final Liga Europa sebelum tewas kepada Sevilla. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI