fbpx

Ikrar Neymar bawa PSG mara ke final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEYMAR bersedia memberikan aksi terbaik untuk memastikan PSG mara ke final. - AFP

PARIS – Ayam tambatan Paris Saint-Germain (PSG), Neymar sanggup melakukan apa-apa sahaja walaupun terpaksa ‘mengorbankan’ dirinya di atas padang’ menentang Manchester City di Stadium Etihad awal pagi esok.

Neymar, 29, berjanji akan memberikan prestasi maksimum untuk memastikan PSG bangkit mengubah agregat perlawanan selepas tewas 1-2 kepada City sewaktu aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara di Parc des Princes minggu lepas.

“Kami mengharungi aksi yang sukar bertemu City minggu lepas. Bukan sahaja kami, malah semua penduduk Paris dan penyokong PSG perlu mempercayai kebolehan kami untuk mengubah keputusan perlawanan.

“Saya akan mengetuai barisan hadapan. Saya akan menjadi pahlawan pertama yang turun berjuang di
medan peperangan buat pasukan ini.

“Saya akan memberikan persembahan paling terbaik bagi memastikan pasukan ini berjaya meraih kejayaan walaupun saya terpaksa ‘mati’ di atas padang’,” katanya.

Neymar beraksi cemerlang ketika menentang City minggu lepas apabila mencipta umpanan gol buat Marquinhos menjaringkan gol dalam babak pertama sebelum City bangkit memenangi perlawanan dengan dua gol di separuh masa kedua.

Justeru, Neymar dijangka terus menjadi pertaruhan skuad bimbingan Mauricio Pochettino itu memandangkan seorang lagi bintang PSG, Kylian Mbappe masih belum pasti dapat diturunkan untuk perlawanan penting awal pag esok.

Ia selepas Mbappe terlepas sesi latihan bersama skuad utama PSG di­sebabkan masalah kecergasan kerana belum sembuh sepenuhnya daripada kecederaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN