fbpx

Guardiola tagih aksi sempurna Man. City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CITY tidak boleh terlalu selesa dengan kelebihan dimiliki kerana PSG memiliki kemampuan untuk mengubah keputusan tersebut. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menggesa pemainnya agar menampilkan ‘persembahan pa­ling sempurna’ menentang Paris Saint-Germain (PSG) pada separuh akhir kedua Liga Juara-Juara di Etihad awal pagi esok.

City ketika ini berkelebihan dua jaringan tempat lawan hasil kemena­ngan 2-1 ke atas PSG di Parc des Princes ­minggu lepas, sekali gus berada pada landasan tepat untuk mara ke pentas final musim ini.

Jika berjaya melakukannya, ia bakal menyaksikan The Citizens mencipta sejarah baharu mara ke final buat kali pertama dalam sejarah pasukan itu menentang Real Madrid atau Chelsea pada 30 Mei ini.

“Kami selangkah sahaja lagi untuk menjadi juara (Liga Perdana Inggeris) buat kali ketiga dalam tempoh empat tahun.

“Sekarang kami mahu memastikan pasukan ini melangkah ke final Liga Juara Juara. Bagaimana­pun, kami perlu mempamerkan aksi sempurna jika mahu melakukannya.

“Ini kerana kami bertemu salah satu pasukan yang mempunyai ramai pemain-pemain berbakat. Mereka ada kemampuan untuk mengubah situasi perlawanan ini,” kata Guardiola.

Sebagai rekod, dua gol City sewaktu separuh akhir pertama dijaringkan oleh Kevin De Bruyne pada minit ke-64 sebelum Riyad Mahrez meledak gol kemenangan menerusi sepakan percuma menarik tujuh minit kemudian.

PSG yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Idrissa Gueye dilayangkan kad merah pada minit ke-78 sekadar menjaringkan satu gol melalui Marquinhos dalam babak pertama. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI